Aku berharap engkau faham
Faham akan apa yang aku rasakan sekarang ini
Hati yang dulu kau cuba pulihkan
Kini tinggal menjadi serpihan
Aku akui aku tidak layak bagimu
Tapi engkau janji kau takkan pergi
Namun janji itu engkau ingkari
Kini kau pergi meninggalkanku
Engkau kata kau tidak bersedia
Engkau kata kau ingin bebas
Kau sukaiku tapi kau belum bersedia
Aku terima alasanmu itu
Tapi sekarang apa?
Kau pergi daripada hidupku
Alasan yang kini aku tidak boleh terima
Kerana selama ini semuanya hanya mimpiku semata-mata
Engkau pergi bersama si dia
Tanpa menghirau perasaan yang telah kau luka
Engkau pergi mencari pengganti
Adakah cinta kita palsu selama ini?
Susah untukku percaya
Susah untukku terima
Tapi ini realiti yang harusku redha
Sesuatu peristiwa yang takkan ku lupa
Aku ingin membencimu
Tapi aku tahu aku tidak patut buat begitu
Hanya satu yang boleh aku lakukan
Aku tetap akan doakan kebahagiaanmu
Selamat tinggal teman.
No comments:
Post a Comment